Wednesday 18 September 2013

JOM KITA LAWAT TERENGGANU!!

Sempena tahun melawat terengganu 2013 ni, aku hndak menceritakan la sikit tentang kecantikan tempat-tempat di terengganu ni. Terengganu ni ade banyak tempat yg menarik utk dilawat, contohnya ialah tasik kenyir, pulau redang, pulau perhentian, masjid kristal, pasar payang dan bnyak lagi.
1.Pulau Redang-pulau yang terkenal dgan kebersihan pantai dan air yang sangat jernih sampai ternampak dasar laut nya. Pulau itu juga terkenal dgan aktiviti snorkelling dan scuba-diving kerana kita dapat melihat ikan-ikan tropical yang tinggal di celah-celah batu karang.

2.Pulau Perhentian-Pulau ini pasti akan menjadi perhentian kepada mereka yang sukakan aktiviti air.

3.Masjid Krtistal-Korang boleh lawat masjid yang dibina dgan besi, logam, dan beribu-ribu crystal(cermin). Masjid ini diktiraf sebagai salah satu masjid yang tercantik didunia ini. So, rugi la kalau korang x smpat nk melawat masjid ini...banyak yang korang boleh tgok slain dari masjid kristal ni. model masjid kecil yang lain pon ade dipamerkan disini...contohnya masjid al-aqsa,,masjid ni kecil saje..


4.Tasik Kenyir- Tasek ini merupakan tasik buatan manusia yang paling besar di Asia Tenggara!! korang smua bleh buat pelbagai aktiviti kat sini, contoh nya aktiviti melihat burung, berkhemah, memancing, mendaki-bukit dan bnyak lagi...

5.Pasar Payang- Pasar ini merupakan salah satu tempat perlancongan yang popular di Terengganu. Korang smua boleh cari pelbagai produk tempatan dengan harga yang berpatutan!

p/s- itu sajelah tempat yang aku dapat terangkan kat korang smua, sebenarnya banyak lagi tempat2 yang menarik dekat terengganu ini, cuma, kalau nak list semua, nanti xde suspend pulak korang nak lawat kat terengganu, senang cerita, korang mari je explore terengganu ni sempena "Visit Terengganu 2013"...

No comments:

Post a Comment