Wednesday 18 September 2013

MY MASTERPIECE!! HEHE~


 Ni, aku lukis potrait ryu ni berdasarkan di youtube,

ni logo kumpulan band aku, the sub-T..

ni kenangan semasa brada di zaman sekolah menengah, ni semua kawan2 dalam kelas aku, aku lukis ni dan colour dengan adobe photoshop

ni aku lukis untuk diletakkan di pintu bilik aku, aku lukis ni berdasarkan anime "One Piece"

CHORD PETERPAN - SEMUA TENTANG KITA




Lagu ni paling aku suka layan bila teringatkan rakan2 seperjuanganku ketika menghadapi peperiksaan SPM batch'2012 dan kini kami terpaksa terpisah mengikut haluan masing2 utk meneruskan perjuangan kami untuk menuntut ilmu hingga ke akhir hayat kami. Sebenarnya aku pandai buat cover lagu ni dgan bermain guitar dan memang ade niat utk aku upload video cover sendiri, ttapi, tak ade mase nak shoot video tu, hehe.. insyaallah, kalau ada masa, lepas ni aku post video cover aku main lagu ni...utk sementara tu kalau korang ade guitar sendiri, boleh la bawak keluar and practice lagu ni..

semoga berjaya!

dipetik dari:-
http://tabs.ultimate-guitar.com/p/peterpan/semua_tentang_kita_tab.htm
 
Semua Tentang Kita
by Peterpan


 C                         G                        
|-------------------------|-------------------------|
|-------------------------|-------------------------|
|-------------------------|-------------------------|
|-----2-----2/3--2-----0--|--------0-------0-----2--|
|--3-----3----------3-----|-----2-----2/3-----3-----|
|-------------------------|--3----------------------|

 Am7                     Em
|-----------------------|-----------------------|
|-----------1-----------|-----------0-----------|
|--------------0-----0--|--------0-----0-----0--|
|-----2-----------2-----|-----2-----------2-----|
|--0-----0--------------|-----------------------|
|-----------------------|--0--------------------|

 F                       C                         
|-----------------------|-------------------------|
|-----------1-----------|--------1----------------|
|-----0--------0-----0--|----------------0--------|
|--3-----3--------3-----|-----2-----0/2--------0--|
|-----------------------|--3----------------3-----|
|-----------------------|-------------------------|

 Am7                     G
|-----------------------|-----------------------------1--------|
|-----------1-----------|-----------1--------3-----------3-----|
|--------------0-----0--|--------0-----0--------0-----------0--|
|-----2-----------2-----|-----0-----------0--------0-----------|
|--0-----0--------------|--------------------------------------|
|-----------------------|--3-----------------------------------|


C       G      Am7      Em
Waktu terasa semakin berlalu
    F        C       Am7     G
Tinggalkan cerita tentang kita
C       G      Am7      Em
Akan tiada lagi kini tawamu
    F        C       Am7     G
Tuk hapuskan semua sepi di hati



Chorus:

 C      G          Am7     Em
Ada cerita tentang aku dan dia
    F       C         Am7    G
dan kita bersama saat dulu kala
 C      G          Am7       Em
Ada cerita tentang masa yang indah
     F       C         Am7       G
Saat kita berduka saat kita tertawa


Int.

  C         G         Am7     Em
Teringat di saat kita tertawa bersama
F       C       Am7        G
Ceritakan semua tentang kita


Chorus...

JOM KITA LAWAT TERENGGANU!!

Sempena tahun melawat terengganu 2013 ni, aku hndak menceritakan la sikit tentang kecantikan tempat-tempat di terengganu ni. Terengganu ni ade banyak tempat yg menarik utk dilawat, contohnya ialah tasik kenyir, pulau redang, pulau perhentian, masjid kristal, pasar payang dan bnyak lagi.
1.Pulau Redang-pulau yang terkenal dgan kebersihan pantai dan air yang sangat jernih sampai ternampak dasar laut nya. Pulau itu juga terkenal dgan aktiviti snorkelling dan scuba-diving kerana kita dapat melihat ikan-ikan tropical yang tinggal di celah-celah batu karang.

2.Pulau Perhentian-Pulau ini pasti akan menjadi perhentian kepada mereka yang sukakan aktiviti air.

3.Masjid Krtistal-Korang boleh lawat masjid yang dibina dgan besi, logam, dan beribu-ribu crystal(cermin). Masjid ini diktiraf sebagai salah satu masjid yang tercantik didunia ini. So, rugi la kalau korang x smpat nk melawat masjid ini...banyak yang korang boleh tgok slain dari masjid kristal ni. model masjid kecil yang lain pon ade dipamerkan disini...contohnya masjid al-aqsa,,masjid ni kecil saje..


4.Tasik Kenyir- Tasek ini merupakan tasik buatan manusia yang paling besar di Asia Tenggara!! korang smua bleh buat pelbagai aktiviti kat sini, contoh nya aktiviti melihat burung, berkhemah, memancing, mendaki-bukit dan bnyak lagi...

5.Pasar Payang- Pasar ini merupakan salah satu tempat perlancongan yang popular di Terengganu. Korang smua boleh cari pelbagai produk tempatan dengan harga yang berpatutan!

p/s- itu sajelah tempat yang aku dapat terangkan kat korang smua, sebenarnya banyak lagi tempat2 yang menarik dekat terengganu ini, cuma, kalau nak list semua, nanti xde suspend pulak korang nak lawat kat terengganu, senang cerita, korang mari je explore terengganu ni sempena "Visit Terengganu 2013"...

JOM KITE TEST SKILL KITA DALAM MELUKIS!!


Video ni aku, cari dalam youtube, ade la seorang youtuber yang bernama Mark Crilley, dia ni seorang pelukis. Dia ni pandai jugak la dalam bab lukis-melukis ni, nak kira dia ni master/expert jugak la(mengikut pandangan aku). Aku pon start pandai melukis disebabkan oleh dia ni la, dia ni pandai mengajar org melukis, itu sebab dia ni peramah ketika bercakap, suka buat lawak, dan yang paling aku suka psal dia ni-dia suka sangat berkhayal smasa melukis! haha..so aku rase kalau korang semua ni x berapa pndai melukis,korang semua boleh asah bakat yg terpendam dalam diri korang tu dgan melayan video ni, bukan layan jer, korang pergi la sedia pencil dgn kertas tu, ikut apa yg dia buat, pastu practice la smpai lukisan yg korang lukis tu MENJADI macam apa yg dia buat..

So, selamat berjaya, dan yang paling penting, enjoy!!

p/s-knapa aku pilih kucing utk dilukis? haha, sbab aku ni memang peminat fanatik giler la dkat kucing ni, kalaulah aku jupe kucing yang comel-comel, mmang aku peluk kucing tu smpai dia pengsan,,hehe..

Sunday 15 September 2013

HIKING DI TELUK BAHANG@TAMAN NEGARA PULAU PINANG










Pada 25 Ogos 2013, Kelab KMPP BROTHERHOOD telah menganjurkan aktiviti hiking di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Saya adalah salah seorang ahli yang tepilih dalam aktiviti tersebut, kami dapat menyertai aktiviti ini pada trip yang 1, klab ini menganjur 2 kali trip disebabkan telalu ramai ahli didalam kelab ini, nasib baik dapat trip 1 sbab, ade dgar khabar cuaca smase trip yang ke-2 tak berapa baik.

Kami bertolak pada pkul 6.30 pagi, perghh! awal sangat tu!! kami brtolak awal sbabjadual kami padat dgan aktiviti-aktiviti semasa hiking tu, sebaik saja sampai ke destinasi kami mulakan dgan sarapan, kmudian kami mulakan aktiviti hiking. Perjalanan mengambil mase selama 2-3 jam, udara di tempat hiking tu memang menyegarkan, permandangan yg cantik dan ditemani dengan bunyi binatang2 dan burung2, terutamanya bunyi cicadas yang paling bsing dalam hutan tu, tmpt tujuan kami ialah di pantai kerachut, alhamdulillah kami semua selamat sampai ke tmpat tersbut. kami berehat untuk sejam, dan kami pulang ke starting point dgan menaiki bot yang sudah disediakan.

Best woo naik boat sambil tgok permandangan yg indah, kalau korang smua ade mase utk naik boat utk pulang ke starting point, korang akan terserempak dgan batu yang menyerupai binatang,,contohnye gambar yang ada kat atas tuu! batu tu nama nye batu buaya! ,, tedapat banyak la juga batu yg menyerupai binatang, contohnya batu penyu, batu arnab, batu badak sumbu dan lain lain lagi, x smpat nak ambik gmbar(sori la)..hehe,,kmudian kami sampai la di tempat starting point balik,,slpas tu makan dan berehat..


Kmudian kami pergi ke masjid terapung di pulau pinang utk menunaikan solat zohor,, selpas selesai menunaikan solat zohor,,kami pulang ke kolej dgn letihnya bercampur dgn perasaan happy dan gembira,,hehe..